Pemilihan alat mainan bayi merupakan satu tugas yang agak berat untuk pasangan baru yang kali pertama menjadi ibu bapa. Di pasaran, terdapat pelbagai jenis alat mainan bayi, tetapi bagaimana untuk menentukan jenis yang manakah sesuai untuk bayi anda? Jawapan agak mudah. Alat mainan yang sesuai ialah dimana ianya boleh menggalakkan bayi anda ketawa, menggerakkan kaki dan tangan dengan seronok ataupun alat mainan di mana bayi ingin mencapainya setelah dilihat oleh mereka.
Bayi anda boleh melihat objek yang terletak 8″ ke 14″ dari jarak matanya. Sebelum mereka memahami sesuatu objek, benda yang boleh dilihat dan bunyi yang boleh didengar merupakan daya tarikan kepada mereka. Oleh itu, alat mainan bayi yang boleh mengeluarkan bunyi dan boleh bergerak akan menggembirakan mereka dan mencetuskan rasa ingin tahu mereka.
Jenis-jenis Alat Mainan Bayi
- Kotak Muzik
Muzik merupakan kesukaan bayi baru lahir. Banyak alat mainan telah disepadukan dengan bunyi dan muzik. Anda boleh cuba memainkan pelbagai muzik dan melihat bagaimana reaksi bayi anda. Semasa main, anda boleh memainkan beberapa lagu rancak untuk menghiburkan bayi anda.
- Alat Mainan Tangan
Bayi baru lahir hanya boleh memerhatikan benda-benda ataupun objek-objek yang bergerak di sekitar linkungan jarak penglihatan mereka. Jadi, ibu bapa hanya perlu menggerakkan alat mainan berdekatan dengannya supaya mereka boleh memerhatikan alat tersebut. Bayi akan menunjukkan kegembiraan dengan membuat cubaan untuk memukul atau mencapai alat tersebut walaupun mereka tidak dapat mencapainya buat masa ini.
- Loceng Angin
Anda boleh menggantung satu set loceng angin berdekatan dengan tempat bayi berada. Bayi suka muzik. Mereka akan mendengan bunyi yang terhasil dan tertidur.
- Buku Lembut Dengan Kontras Tinggi
Buku merupakan bahagian yang penting untuk perkembangan minda bayi. Buku lembut yang mengandungi perhiasan dan corak-corak dengan kontras warna dan bentuk yang menonjol sangat sesuai untuk bayi. Semasa anda membaca buku tersebut untuk bayi, anda boleh baring di sisinya supaya mereka boleh nampak anda membaca dari satu muka surat ke muka surat yang lain.
- Alat Mainan Untuk Digigit
Sebarang alat mainan yang diperbuat daripada getah ataupun plastik lembut. Bayi pada umur lebih kurang 6 bulan akan memasukkan sebarang objek yang dicapainya dan dimasukkan ke dalam mulut. Ini merupakan peringkat untuk merasa bagi bayi. Jadi, ibu bapa boleh membeli alat mainan bayi yang lembut dan selamat untuk mereka supaya tidak mencederakan gusi mereka.
Perkara-perkara Yang Harus Diambil Perhatian Semasa Memilih Alat Mainan Bayi
- Kesihatan
Pastikan alat mainan yang dibeli dibuat daripada bahan yang tidak mengandungi bahan kimia yang boleh memudaratkan kesihatan bayi anda. Antara bahan yang mungkin hadir di alat permainan kanak-kanak adalah seperti plumbum.
- Tidak Bahaya
Setiap alat permainan dicipta dengan hasil kajian yang sesuai untuk peringkat umur kanak-kanak. Jangan bekalkan anak anda dengan alat yang boleh menyebabkan mereka tercekik. Biasanya hanya umur 3 tahun ke atas, bayi dibenarkan untuk memain alat permainan membina bangunan seperti lego.
- Tahan Lama
Boleh dikatakan semua barangan kegunaan bagi tidak murah harganya. Oleh itu, apa yang dibayar haruslah berbaloi dengan setiap ringgit yang dibelanjakan. Dengan membeli alat mainan yang boleh tahan lama, ia menjimatkan wang ibu bapa dan ianya boleh digunakan untuk bayi lain.
The post Alat Mainan Yang Paling Sesuai Untuk Bayi Baru Lahir appeared first on ERATUKU.