Quantcast
Channel: Pinjaman Archives - ERATUKU
Viewing all articles
Browse latest Browse all 104

Cara Pengiraan Untuk Kelayakan Pinjaman Rumah

$
0
0

Terdapat ramai orang yang tidak tahu sama ada mereka layak untuk mendapat pinjaman untuk membeli rumah idaman mereka. Apa yang kebanyakan orang mengalami adalah mereka tidak faham macam mana untuk membuat pengiraan DSR(Debt Service Ratio) yang merupakan nisbah jumlah hutang berbanding dengan pendapatan seseorang.

pinjaman rumah

pinjaman rumah

Sebagai contoh, di sini terdapat sebuah rumah berkembar yang masih dalam pembinaan yang ingin dijual oleh pemaju dengan harga RM450,000. Kami mempunyai pembeli-pembeli yang ingin membeli rumah tersebut dengan setiap mereka mempunyai tangga gaji yang berbeza.

Bagaimanakah cara dan kaedah pengiraan serta formula yang digunakan untuk menentukan kelayakan dari gaji tersebut?

Senario Pertama

Untuk kes yang pertama, di mana potensi pembeli dikenalkan sebagai Encik Jamal. Encik Jamal mendapat gaji kasar sebanyak RM5,000 untuk sebulan. Tetapi setelah tolak KWSP, SOCSO, cukai pendapatan, gaji bersih Encik Jamal cuma tinggal sebanyak RM4,350.

Di samping itu, Encik Jamal juga mempunyai komitmen bulanan iaitu kereta sebanyak RM500, kad kredit RM200.

Jadi di sini Encik Jamal ingin membeli rumah berharga RM400K. Pengiraan bank adalah berdasarkan gaji bersih Encik Jamal yang mempunyai RM4,350, bank akan kira DSR 70% daripada RM4,350 itu. Ini bermaksud formula DSR untuk Encik Jamal untuk membuat sesuatu pinjaman maximum adalah seperti berikut:

DSR
RM4,350 x 70% = RM3,045

Anggaran kasar bulanan yang harus submit kepada bank adalah sebanyak RM2,250 setiap bulan. Ini dicampurkan dengan komitmen yang sedia ada, keseluruhan pembiayaan bulanan beliau adalah:

Komitmen Bulanan
Perumahan(RM450,000): RM2,250
Kereta: RM500
Kad Kredit: RM200
Jumlah: RM2,950

RM3,045(DSR) > RM2,950(Komitment Bulanan)

Jadi di sini kita boleh lihat maksimum pembiayaan yang Encik Jamal layak ialah RM3,045. Bagi pengiraan bank bagi komitmen bulanan adalah RM2,950. Di sini kita boleh lihat DSR adalah lebih daripada komitmen bulanan. Jadi Encik Jamal adalah layak untuk mendapatkan pembiayaan rumah berharga RM450,000 itu.

Senario Kedua

Bagi situasi kedua, nama pelanggan adalah Encik Saiful. Encik Saiful mempunyai pendapatan gaji kasar sebanyak RM4,000. Selepas tolakan KWSP, SOCSO, cukai pendapatan gaji beliau hanya tinggal sebanyak RM3,350.

Encik Saiful juga mempunyai komitmen bulanan, iaitu pinjaman kereta untuk RM450 dan juga pinjaman peribadi RM350.

Bank akan melihat pinjaman sesesuatu itu berdasarkan gaji bersih. Jadi di sini Encik Saiful mempunyai gaji bersih RM3,350.

DSR
RM3,350 x 70% = RM2,345

Daripada RM2,345, bank akan tolak komitmen bulanan bagi rumah berharga RM450,000 iaitu RM2,250.

Komitmen Bulanan
Perumahan(RM450,000): RM2,250
Kereta: RM450
Pinjaman Peribadi: RM350
Jumlah: RM3,050

RM2,345(DSR) > RM3,050(Komitment Bulanan)

Maka dalam senario ini, Encik Saiful tidak layak untuk membeli rumah berharga RM450,000 tu kerana kelayakan beliau adalah sebanyak RM2,345 sahaja.

The post Cara Pengiraan Untuk Kelayakan Pinjaman Rumah appeared first on ERATUKU.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 104