Quantcast
Channel: Pinjaman Archives - ERATUKU
Viewing all articles
Browse latest Browse all 104

Lampin Bayi

$
0
0

lampin bayi

Pada zaman kita masih kanak-kanak, ibu bapa kita menggunakan lampin bayi boleh basuh. Tetapi pada masa kini, lampin bayi moden telah dihasilkan. Secara umumnya terdapat dua jenis lampin bayi moden, iaitu yang berbentuk seluar dan yang sejenis lagi yang traditional iaitu kena lipat seperti lampin boleh basuh. Walau bagaimanapun, kedua-dua jenis lampin bayi ini adalah untuk menjamin keselesaan dan keceriaan bayi kita.

Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Pemilihan Lampin Bayi

a) Harga

Harga merupakan faktor utama yang menjadi pertimbangan ibu bapa semasa memilih jenis lampin yang hendak dibeli. Pasaraya seperti Jusco, Tesco, Giant selalu membuat promosi. Ibu bapa boleh membuat perbandingan harga ke atas lampin yang dijual oleh pasaraya-pasaraya ini.

b) Kualiti

Kualiti lampin iaitu dari segi kebolehan penyerapan cecair ataupun air kencing merupakan faktor yang mendorong pemilihan lampin. Ada ibu bapa yang berpendapat, walaupun mahal, tetapi lampin tersebut mampu menyerap cecair lebih daripada lampin murah biasa. Dengan itu, kekerapan untuk menukar lampin lebih rendah berbanding lampin biasa. Oleh itu, jika dikira balik, hakikatnya lampin berkualiti lebih menjimatkan wang.

c) Jenama

Ibu bapa lebih cenderung untuk membeli lampin bayi yang berjenama. Ini merupakan kejayaan iklan yang berjaya menanam maklumat di pemikiran ibu bapa bahawa barang yang berjenama lebih berkualiti. Antara jenama lampin biasa yang ada di Malaysia ialah Mamy Poko, Drypers, Diapex, Huggies dan sebagainya.

d) Promosi

Promosi harga ke atas sesejenis jenama lampin bayi akan menggalakkan ibu bapa untuk membeli dan mencubanya walaupun jenama itu tidak pernah digunakan sebelum ini. Walau bagaimanapun, yang paling penting ialah keselesaan bayi kita terjamin khususnya apabila mereka tidur malam.

Dimana Untuk Membeli Lampin Bayi Murah

a) Kedai Bayi

Kedai bayi merupakan pusat sehenti yang menjual pelbagai jenis barang-barang kegunaan bayi. Antara barang-barang yang boleh didapati di sini ialah tepung susu, baby stroller, alat mainan bayi, lampin bayi, baju baby, makanan bayi dan sebagainya. Biasanya di kedai bayi, barangan yang dijual terdiri daripada pelbagai jenama. Tuan punya kedai tidak hanya menjual satu jenama sahaja kerana mereka tahu setiap ibu bapa mempunyai pilihan tersendiri. Dengan adanya pelbagai jenama di bawah satu bumbung, maka peperangan harga akan berlaku. Dengan itu, harga barangan akan lebih murah berbanding di tempat lain.

b) Secara Online

Perniagaan secara online merupakan satu trend yang semakin popular. Satu kebaikan yang paling ketara ialah kos overhead dan kos operasi yang lebih rendah. Biasanya yang buat business secara online, kebanyakan hanya buat di rumah. Mereka tidak perlu membayar sewa kedai yang mahal dan tidak perlu mengupah pekerja yang ramai. Dengan itu, mereka dapat menjual dengan harga yang lebih murah untuk menarik pelanggan.

The post Lampin Bayi appeared first on ERATUKU.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 104