Quantcast
Channel: Pinjaman – ERATUKU
Viewing all 103 articles
Browse latest View live

Pinjaman Peribadi Maybank Yang Boleh Dipertimbangkan

$
0
0

Pinjaman peribadi Maybank menawarkan dari pembiayaan sebanyak RM 5,000 hingga RM 100,000 serta pembayaran balik dari minimum 2 hingga 6 tahun. Tiada penjamin atau cagaran yang diperlukan.

Malah tidak ada juga yuran pemprosesan atau caj setem bagi permohonan pinjaman ini. Sila ambil maklum bahawa ini adalah pinjaman peribadi konvensional dan bukannya pinjaman berlandaskan Islam.

pinjaman peribadi maybank
pinjaman peribadi maybank

Maybank juga menyatakan bahawa ia akan mengambil masa selama 48 jam untuk tempoh kelulusan pinjaman tersebut. Dana akan dipindahkan ke akaun pemohon sebaik sahaja telah mendapat kelulusan pinjaman. Pemohon dikehendaki mempunyai akaun simpanan atau semasa dengan Maybank.

Mengapa Memilih Pinjaman Peribadi Maybank?

Pinjaman Peribadi Maybank (Maybank Personal Loan) adalah produk yang bertujuan untuk memanfaatkan perkhidmatan kewangan di Malaysia dan juga di serata Asia.

Memanfaatkan perkhidmatan kewangan bermakna ia melibatkan penyediaan akses yang mudah terhadap pembiayaan, terma syarat dan harga yang adil, dan memberikan nasihat berdasarkan keperluan pelanggan, semuanya masih ke arah mengutamakan keperluan masyarakat. Bersama-sama dengan pelanggannya, Maybank memasang impian untuk terus bergerak ke hadapan dan memajukan cita-cita Asia.

Kadar Faedah

Kadar faedah ini bergantung kepada jumlah pinjaman. Anda akan dapat menikmati kadar faedah yang lebih rendah dengan jumlah pinjaman yang lebih tinggi.

Jumlah pinjaman bermula dari RM 5,000. Pinjaman RM 5,000 hingga RM 20,000 akan memberi anda 8.00% p.a. , RM 20,000 hingga RM 50,000 akan memberi anda 7.00% p.a. manakala pinjaman RM 50,000 hingga RM 100,000 akan memberi anda 6.50% p.a. Sila ambil maklum bahawa kadar yang dinyatakan adalah kadar rata.

 

Caj dan Bayaran

Pinjaman Peribadi Maybank tidak memerlukan yuran pemprosesan dan juga tiada yuran setem. Pinjaman ini datang dengan pelan perlindungan peribadi dari Maybank. Pemohon akan mendapat denda penalti 1% p.a untuk sebarang kelewatan pembayaran balik pinjaman.

Standard GST 6% akan dikenakan bagi sebarang caj perkhidmatan oleh bank. Pemohon juga akan dikenakan caj RM 200 atau tunggakan 3% (bergantung pada mana pilihan yang lebih tinggi yang akan dikenakan) untuk bayaran awal pinjaman peribadi tersebut.

Kelayakan

Pinjaman peribadi Maybank hanya boleh didapati untuk warganegara Malaysia sahaja. Anda perlu berusia 21 tahun hingga 60 tahun pada tempoh akhir pembayaran balik. Gaji bulanan minimum untuk menjadikan anda layak adalah sebanyak RM 2,500 sebulan atau RM 30,000 setahun bagi pekerjaan tetap.

Dokumentasi

Bekerja

  • Salinan Kad Pengenalan Malaysia (Hadapan dan belakang)
  • Borang BE terbaru dari LHDN beserta dengan resit cukai
  • Penyata gaji paling terbaru selama 3 bulan
  • Penyata akaun bank paling terkini selama 6 bulan

Bekerja Sendiri

  • Salinan Kad Pengenalan Malaysia (Hadapan dan belakang)
  • Salinan pendaftaran Syarikat
  • Borang BE terbaru dari LHDN beserta dengan resit cukai
  • Penyata akaun bank paling terkini selama 6 bulan

Jadual Pembayaran Balik

jadual pinjaman peribadi maybank
jadual pinjaman peribadi maybank

Kebaikan

  • Bayaran serendah RM 102.78 untuk sebulan
  • Pelan Insurans Wajib
  • Tersedia untuk sektor swasta

Keburukan

  • Kadar adalah agak tinggi berbanding dengan pinjaman lain di Malaysia

Adakah Saya Perlu Pinjaman Peribadi Maybank?

Dengan Pinjaman Peribadi Maybank, anda akan menerima terma syarat yang fleksibel serta kadar yang berpatutan. Untuk mendapatkan pinjaman yang bersesuaian dengan anda, isikan borang di halaman ini dan bandingkan pinjaman peribadi Maybank dengan pembekal lain hari ini.

Anda boleh mengubah keputusannya mengikut kesesuaian diri anda dengan menyatakan jumlah yang anda ingin pinjam, tempoh pembayaran yang anda inginkan, dan juga pendapatan bulanan anda.

Dengan membandingkan melalui GoBear, anda akan boleh memastikan bahawa anda menerima pinjaman peribadi yang direka mengikut keperluan kewangan anda. Cubanya sekarang! Anda juga boleh menyemak butiran penerangan mengenai pinjaman peribadi Maybank di bawah, seperti kadar bayaran yang dikenakan dan apa yang anda perlukan sekiranya anda ingin membuat permohonan.

Selain daripada Maybank, terdapat banyak lagi bank lagi yang menawarkan pinjaman peribadi bagi mereka yang perlukan. Antaranya termasuk MBSB yang juga mempunyai pinjaman sedemikian. Jika anda minat, boleh rujuk artikel ini untuk mengetahui tentangnya.

Maybank Ezy Cash

Lagi satu pinjaman yang ditawarkan oleh Maybank adalah Ezy Cash. Jika anda adalah pemegang kad kredit dari Maybank, maka anda boleh mendapatkan wang tunai melalui pinjaman ini.

Maybank EzyCash /JEzyCash-i melalui Maybank2u adalah pinjaman yang ditawarkan kepada Pemegang Kad Utama Kad Kredit Maybank sedia ada dengan had kredit yang tersedia. Kemudahan ini diambil dari had kredit Ahli Kad yang sedia ada dan ditukar menjadi pelan ansuran.

Maybank Ezy Cash ini pada dasarnya merupakan pinjaman peribadi yang dipakej semula dan dipanggil Ezy Cash di mana anda perlu membayar balik pinjaman yang anda buat dalam tempoh 6 bulan. Oleh itu, kadar faedah efektif bagi pinjaman tunai ini adalah lebih daripada 10%.

Jadi pinjaman ini tidak digalakkan jika anda bukan perlukan wang demi perkara kecemasan. Anda perlu tahun kadar yang tinggi yang perlu anda bayar balik dalam tempoh yang singkat boleh menjadi satu beban kepada anda sekiranya anda tidak mampu bayar tepat pada masa.

The post Pinjaman Peribadi Maybank Yang Boleh Dipertimbangkan appeared first on ERATUKU.


Pinjaman Peribadi AEON Credit

$
0
0

Dalam situasi pasaran semasa, setiap orang pun macam kekurangan wang untuk menyara hidup setiap hari.

Oleh itu, kebanyakan daripada kami memerlukan perkhidmatan kredit seperti AEON yang memberi anda pinjaman dengan proses yang mudah. Prosedur untuk memohon bukan rumit sangat dan anda boleh dapat pinjaman tersebut dengan cepat sekiranya anda layak.

Sejarah Tentang AEON

AEON Credit Service (M) Berhad (AEON Credit atau Syarikat) telah diperbadankan pada 6 Disember 1996 dan telah ditukar menjadi sebuah syarikat awam berhad pada 9 Februari 2007. Syarikat ini disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Berhad pada 12 Disember 2007.

AEON Credit memulakan operasi pada tahun 1997 dengan menyediakan skim Bayaran Mudah untuk membeli barang tahan lama pengguna melalui peniaga runcit serta kedai rantaian yang dilantik. Sekarang, AEON juga memasuki ke bidang kewangan dengan menawarkan pinjaman wang kepada pengguna.

pinjaman peribadi aeon credit
pinjaman peribadi aeon credit

Pembiayaan Peribadi AEON

Dengan Pinjaman Peribadi AEON Credit, anda mendapat terma yang fleksibel serta kadar yang berpatutan dengan Pembiayaan Peribadi i-Tunai. Untuk mendapatkan pinjaman yang tepat untuk anda, anda boleh mencari laman web pinjaman lain dan bandingkan pinjaman peribadi AEON dengan penyedia pada masa ini.

Perincikan hasilnya dengan menyatakan jumlah yang anda ingin pinjam, tempoh pembayaran yang anda inginkan, serta pendapatan bulanan anda. Dengan perbandingan melalui laman web seperti GoBear, anda dapat memastikan di mana anda akan mendapatkan pinjaman peribadi yang direka mengikut keperluan kewangan anda.

Pinjaman Peribadi AEON Credit adalah pinjaman tidak bercagar yang berfungsi sebagai tangan bantuan apabila anda mendapati diri anda memerlukan dana dengan segera.

Sama ada bagi anda memulakan perniagaan baru dan memerlukan bantuan kewangan atau memerlukan dana untuk pendidikan anak-anak, pinjaman peribadi adalah penyelesaian yang sempurna. Dari majlis perkahwinan ke percutian, untuk perbelanjaan perjalanan ke kecemasan perubatan, pinjaman peribadi amat berguna.

Perkara-perkara penting yang perlu anda periksa mengenai pinjaman peribadi AEON Credit adalah yuran yang dikenakan dan apa yang anda perlu sediakan bila mahu memohon.

Pembiayaan Peribadi AEON iCASH

Ini adalah Pembiayaan Peribadi AEON adalah sangat serupa dengan pinjaman peribadi CIMB yang senang di luluskan dan pembayaran balik fleksibel. Pembayaran pada kadar keuntungan bulanan yang rendah sehingga 7 tahun!

Keperluan

Bagi memohon kewangan peribadi di sini terdapat beberapa kriteria asas untuk dipenuhi:

  • Pinjaman hanya boleh di mohon oleh warganegara Malaysia sahaja.
  • Pendapatan minimum RM 1,000 diperlukan.

Dokumentasi

Manfaat

Manfaat permohonan dengan AEON ialah anda akan menikmati kadar keuntungan dengan:

  • Pemegang Kad Kredit AEON: 0.8% – 1.2% sebulan
  • Kad AEON Express: 0.84% – 1.2%
  • Tanpa Kad: 0.84% – 1.5%
  • Permohonan pinjaman ini juga boleh dibuat pada hari Ahad

Maklumbalas Pelanggan

Sesetengah orang berpendapat yang AEON menyediakan pemprosesan yang sangat cepat dan ringkas dengan kadar faedah yang baik. Walau bagaimanapun, bayaran balik yang tepat pada masanya diperlukan untuk mengekalkan skor CTOS (Credit Tip Off Service) jika anda mempunyai sejarah pembayaran balik yang kurang baik.

Syarikat ini telah menjadikan prosesnya sangat mudah di mana mereka memberi anda masa yang cukup untuk membayar semula jumlah bayaran balik.

Aeon credit

Sean adalah pelanggan setia untuk AEON Finance selama 3 hingga 4 tahun dan dia telah mengambil 3 pinjaman dari AEON. Beliau baru-baru ini mempunyai pengalaman yang agak buruk dengan syarikat itu. Ianya tidak berkaitan dengan caj tambahan tetapi setiap kali dia ingin memohon pinjaman baru, dia perlu menyerahkan semua dokumen berulangkali walaupun AEON sudah mempunyai semua keterangannya ketika dia memohon pinjaman sebelumnya.

Sesetengah orang tidak menyukai cara AEON Finance yang akan mengenakan 2% yuran pemprosesan untuk setiap pinjaman yang anda ambil yang sekali lagi merupakan caj yang lebih tinggi.

Sokongan dari Pengguna

AEON Credit Service tidak mempunyai sebarang pusat penjagaan pelanggan sendiri. Ia hanya ada satu nombor darat yang disediakan dan ini merupakan satu-satunya cara untuk anda berhubung dengan syarikat mereka.

Sebaik sahaja panggilan itu disambungkan, anda mungkin tidak berasa seperti anda bercakap dengan mereka secara peribadi. Ramai orang tidak suka berurusan dengan cara begini kerana mereka fikir syarikat tidak sanggup membina hubungan baik dengan para pelanggan. Saya fikir ini adalah sisi yang AEON perlu perbaiki jika mereka ingin kekal di dalam perniagaan.

Institusi ini menyediakan pemprosesan pinjaman yang sangat pintar tanpa menyeret pemohonan anda. Di samping itu, kadar faedah dengan pinjaman ini juga munasabah.

Tetapi pembayaran tepat pada masanya adalah perlu untuk mengekalkan skor kredit anda dalam keadaan yang baik. Jika anda mempunyai pembayaran balik yang tidak tetap, kadar faedah penalti akan dikenakan atas amaun yang anda belum bayar.

Institusi ini memberikan masa yang mencukupi untuk anda buat bayaran. Jadi anda tiada alasan untuk seret bayaran anda.

The post Pinjaman Peribadi AEON Credit appeared first on ERATUKU.

Dapatkan Pinjaman Dengan Pinjaman Peribadi Affin Bank

$
0
0

Affin Bank Berhad (AFFINBANK) adalah anak syarikat milik penuh kepada Affin Holdings Berhad yang tersenarai di Bursa Malaysia. Bank itu juga membekalkan servis pinjaman peribadi Affin Bank kepada semua pelanggan mereka di seluruh Malaysia.

Bank ini mula beroperasi pada Januari 2001 susulan penggabungan antara Perwira Affin Bank Berhad dan BSN Commercial (M) Berhad pada bulan Ogos 2000. Pada bulan Jun 2005, ia digabungkan dengan bekas Affin-ACF Finance Berhad.

Rujuk ke wikipedia untuk maklumat yang lebih lengkap.

pinjaman peribadi Affin Bank Foto kredit kpd: Affin Bank

Pelbagai Produk dan Perkhidmatan Kewangan Yang Ditawarkan

Affin Bank ada menawarkan banyak produk dan perkhidmatan kewangan yang disediakan untuk pelanggan individu dan syarikat. Segmen perniagaan sasaran dikategorikan di bawah unit perniagaan utama seperti Perbankan Perniagaan, Perbankan Pengguna dan Perbendaharaan.

Perbankan Perniagaan menawarkan perkhidmatan dalam perbankan korporat, pembiayaan kontrak dan pembiayaan perdagangan kepada korporat, pelanggan institusi dan PKS.

Perbankan Pengguna menyediakan kad kredit, gadai janji, akaun simpanan & akaun semasa, perkhidmatan pengambilan deposit, pinjaman peribadi, serta pinjaman sewa beli kepada individu.

Ia menawarkan pelbagai kemudahan perbankan untuk keperluan pelanggan dari segi sokongan kewangan. Antara produk yang mendapatkan sambutan yang hebat di Affin Islamic adalah Pembiayaan Peribadi.

Pembiayaan Peribadi adalah pakej pinjaman yang besar yang berasaskan sepenuhnya dengan Konsep Syariah dan ia sesuai untuk sesiapa yang bekerja di sebuah syarikat korporat dipilih. Pinjaman adalah berdasarkan konsep jual beli Tawarruq.

Produk kewangan daripada bank ini adalah hanya untuk pemohon yang mengisi borang permohonan dengan tujuan yang terutamanya untuk kegunaan sendiri. Di samping itu, pinjaman tiada caj tersembunyi atau terma dan tidak memerlukan apa-apa cagaran atau penjamin.

Affin Islamic Personal Financing-i

Pemohon boleh memohon pinjaman dari RM 5,000 hingga RM 150,000 dengan pinjaman Pembiayaan Peribadi itu. Amaun yang dipinjam akan bergantung kepada pendapatan pemohon.

Ciri-ciri lain mengenai pinjaman ini:

  • Kadar keuntungan dari 4.4% hingga 5.5% p.a.
  • Tempoh bayar balik adalah 5 tahun sampai 7 tahun.
  • Pemohon mesti mempunyai pendapat minuman sekurang-kurangnya RM2,500.

Keburukan tentang pinjaman Affin Islamic Personal Financing-i itu adalah hanya syarikat panel terpilih sahaja yang layak untuk memohon. Ini bermaksud kebanyakan syarikat swasta adalah tidak layak untuk mendapat pinjaman ini.

Kelayakan untuk Pinjaman Peribadi Affin Bank

Tempoh pembiayaan minimum bagi pinjaman peribadi ini adalah 5 tahun dan maksimum 7 tahun. Pemohon pinjaman ini perlu berusia sekurang-kurangnya 21 atau maksimum 55 tahun apabila mereka memohon pinjaman itu. Pemohon juga perlu mengambil insurans wajib dengan pakej pinjaman ini sebagai perlindungan untuk pembayaran balik.

Affin Extra Plus

Satu lagi pakej pinjaman yang ditawarkan oleh bank ini dipanggil Affin Extra Plus (juga dikenali sebagai Pelan Fleksibel). Ia adalah pinjaman yang diberikan kepada mana-mana peminjam gadai janji semasa (juga boleh diberikan untuk premis perniagaan atau pembiayaan kediaman yang telah siap) yang berkaitan dengan bank atau mana-mana pelanggan pinjaman rumah baru.

Walau bagaimanapun, pinjaman ini hanya akan membantu meningkatkan keperluan peminjam gadai janji membiayai jika mereka telah bayar sekurang-kurangnya RM20,000 daripada jumlah pinjaman terkumpul semasa dan pada masa yang sama mempunyai rekod pembayaran balik yang bersih.

Tambahan, pinjaman ini juga boleh digunakan oleh pemohon sebagai pelaburan atau kegunaan peribadi. Affin Extra Plus adalah sesuai untuk semua organisasi (tidak termasuk pertubuhan-pertubuhan sukarela dan swasta terhad) dan individu yang layak.

Affin Extra Plus bersedia untuk memberikan pelanggan dengan jumlah kewangan antara RM20,000 hingga RM1,000,000 berdasarkan pinjaman minimum hartanah semasa.

Pada masa ini, Margin Kewangan (MOF) mampu mendapat sehingga 85% dan Gadai Janji Berkurangan pasukan Assurance atau Mortgage Reducing Team Assurance (MRTA) pembiayaan adalah lebih kurang 5% (termasuk MRTA dan Kos Kemasukan).

Ini akan memberi manfaat kepada pelanggan untuk memperolehi bayaran berlebihan, menjimatkan kos faedah keseluruhan, dan membuat bayaran melebihi untuk jumlah ansuran pinjaman.

Tempoh maksimum bagi pinjaman adalah sehingga 10 tahun atau sehingga pemohon mencapai umur 60 tahun. Selain itu, pemohon dikehendaki mengambil insurans sebagai perlindungan pembayaran balik.

Dokumen Yang Diperlukan:

  • Salinan MyKad (depan dan belakang)
  • Akaun pembayaran

Dokumentasi yang diperlukan oleh pemohon bergaji:

  • Borang EA terkini
  • 3 bulan slip gaji
  • 6 bulan penyata KWSP yang terbaru

Dokumentasi yang diperlukan oleh pemohon bekerja sendiri:

  • 6 bulan Penyata bank utama untuk syarikat pemohon yang ada tunjukan transaksi perniagaan
  • 6 bulan penyata gaji yang terbaru
  • 6 bulan penyata KWSP yang terbaru

Sekiranya permohonan pinjaman peribadi Affin Bank anda ditolakkan, anda masih boleh membuat permohonan ke bank-bank lain yang juga sedia dengan pinjaman seperti ini. Antaranya terdapat pinjaman peribadi yang ditawarkan oleh Bank Rakyat yang boleh juga anda cuba sebab ia mempunyai syarat-syarat yang lebih mudah untuk anda berjaya memohon untuk pinjaman tersebut untuk keperluan kewangan anda.

Artikel berkaitan:
Pinjaman Peribadi Alliance Bank Malaysia

The post Dapatkan Pinjaman Dengan Pinjaman Peribadi Affin Bank appeared first on ERATUKU.

Pinjaman Peribadi Alliance Bank Malaysia

$
0
0

Adakah anda sedang mencari pinjaman peribadi Alliance Bank? Jika ya, marilah kita buat sedikit kajian dan semakan tentang institusi kewangan ini.

Alliance Bank Malaysia Berhad adalah sebuah bank perkhidmatan penuh yang menyediakan perbankan untuk pengguna (termasuk kad kredit dan pinjaman peribadi), perbankan PKS, perbankan borong, perbankan Islam, perbankan pelaburan dan perkhidmatan pembrokeran saham.

alliance bank Foto kredit kpd Alliance Bank

Alliance Bank telah wujud selama kira-kira 50 tahun, ia telah melalui penggabungan antara beberapa bank yang berlainan dan institusi kewangan. Ia mempunyai pelbagai saluran penyampaian termasuk cawangan bank, pusat perbankan, dan pejabat pemasaran langsung di seluruh negara. Alliance Bank dikenali dengan penyelesaian kewangan yang kreatif dan inovatif kepada masyarakat Malaysia.

Perkhidmatan Yang Diberikan oleh Bank Ini

Produk pinjaman peribadi Alliance Bank (CashFirst, CashVantage dan Pension Financing-I untuk pesara tentera) boleh memberi pinjaman kepada pemohon yang layak sehingga RM150,000 dengan tempoh pembayaran balik maksimum 7-10 tahun.

CashFirst

Alliance CashFirst Personal Loans memberikan anda keperluan kewangan sama ada untuk kegunaan peribadi atau perniagaan. Anda kini boleh menikmati lebih fleksibiliti untuk kewangan anda dengan ansuran bulanan yang amat rendah.

Apa yang bagus tentang pinjaman ini adalah ia tiada yuran pemprosesan dan bayaran balik awal. Kadar faedah adalah tetap dan tawaran amat kompetitif untuk sepanjang hayat pinjaman peribadi anda. Anda boleh membuat semua bayaran tambahan yang anda mampu dalam tempoh pinjaman.

Pinjaman tidak bercagar ini juga boleh digunakan untuk menggabungkan sehingga empat kad kredit atau komitmen pinjaman peribadi untuk menjadi satu akaun satu ini dan dengan itu anda dapat membayar semua kehutangan anda dengan cepat.

Tempoh untuk pinjaman itu adalah antara 1 dan 7 tahun dan anda boleh membuat pinjaman peribadi dari Alliance Bank sehingga RM150,000.

CashVantage financing-i (Islamic)

Pinjaman ini adalah serupa dengan kebanyakan bank lain yang menawarkan pinjaman untuk muslim. Pembiayaan CashVantage-i adalah pinjaman peribadi yang patuh kepada pegangan Syariah.

Jika anda meminat dengan pinjaman ini, anda kena tahu bahawa ia tidak ada yuran pemprosesan dan bayaran balik awal. Di samping itu, ia juga boleh digunakan untuk menyatukan kesemuaan hutang yang anda ada juga.

Tempoh untuk bayar balik kesemuaan pinjaman ini adalah berjangka antara 1 hingga 7 tahun.

Produk pembiayaan Islam mungkin tertakluk kepada pembiayaan sekatan, terma dan syarat-syarat Islam. Selain daripada pinjaman peribadi, Alliance Bank juga memberikan perkhidmatan pinjaman pembelian kenderaan motor dan produk gadai janji.

Mortgage refinancing (Islamic)

Pembiayaan semula gadai janji yang patuh kepada pegangan Syariah Islam untuk muslim ini juga dikenali sebagai Alliance ONE Account.

Dengan memohon pinjaman ini, ia membolehkan anda untuk mengeluarkan modal daripada gadai janji rumah anda yang sedia ada untuk memenuhi keperluan wang peribadi atau untuk menyokong urusan perniagaan anda.

Margin pembiayaan adalah amat tinggi di mana anda boleh dapat pembiayaan sehingga 95%. Tempoh pinjaman juga amat lama di mana anda boleh membuat bayaran balik selama 35 tahun.

Manfaat Terperinci

  • Ansuran bulanan yang rendah
  • Tempoh pinjaman FLEKSIBEL sehingga 7 tahun
  • Tiada Yuran Pemprosesan
  • Tiada Penalti Penyelesaian Awal
  • Cepat kelulusan
  • Tidak perlu penjamin atau cagaran
  • Pembayaran boleh dibuat dengan senang melalui IBG

CASHFIRST BALANCE PEMBIAYAAN SEMULA
Menggabungkan sehingga maksimum 4 Kad Kredit dan/atau komitmen Pinjaman Peribadi ke dalam SATU pembayaran balik bulanan.

Siapa Boleh Memohon?

  • Rakyat Malaysia dan penduduk tetap yang bekerja dan menetap di Malaysia sahaja.
  • Rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura, tetapi menetap di Malaysia akan dipertimbangkan.

Keperluan umur:
Pemohon mesti berusia sekurang-kurangnya 21 tahun dan maksimum 60 tahun (pada tarikh matang pinjaman)

Syarat pendapatan:
Pendapatan kasar bulanan minimum RM2,000 atau RM24,000 setahun.

Dokumen yang diperlukan

Dokumen-dokumen ini hendaklah dikemukakan bersama-sama dengan borang permohonan di mana-mana cawangan terdekat. Alliance Bank mempunyai hak untuk meminta dokumentasi tambahan jika perlu.

Pemohon Makan Gaji:

  • MyKad (kedua-dua belah)
  • 3 bulan slip gaji
  • Borang EA / Penyata KWSP / surat daripada majikan

Bekerja Sendiri:

  • MyKad (kedua-dua belah)
  • Sijil Pendaftaran Perniagaan (Borang D atau Borang 9,24,49 dan M&A)
  • 3 bulan penyata bank / Borang BE dengan resit cukai pendapatan / dokumen sokongan lain

Bagi mereka yang disenarai hitam (blacklisted) dalam laporan CTOS

Ada orang yang ingin tahu sama ada bolehkah mereka memohon pinjaman peribadi dari Alliance Bank jika nama mereka ada di dalam senari hitam oleh CTOS.

Jawapannya adalah tidak boleh. Anda tidak akan diluluskan jika anda disenaraihitamkan dalam laporan CTOS anda.

Walau bagaimanapun, sekiranay nama anda cuma disenaraihitamkan oleh institusi yang bukan kewangan seperti syarikat telekomunikasi atau syarikat yang anda hutang dengan skim ansuran untuk pembayaran bulanan mereka, anda masih layak untuk memohon pinjaman ini daripada Alliance Bank.

Anda juga boleh rujuk ke pinjaman peribadi swasta dari Bank Rakyat jika anda bekerja di syarikat swasta dan ingin untuk memohon pinjaman tersebut.

The post Pinjaman Peribadi Alliance Bank Malaysia appeared first on ERATUKU.

Pembiayaan dan Pinjaman Perumahan Bank Islam (BIMB)

$
0
0

Bank Islam (BIMB) menawarkan pembiayaan perumahan mengikuti Syariah dan pakej pembiayaan semula terutama yang sesuai untuk pelanggan perbankan Islam. Terdapat 2 produk pembiayaan perumahan Bank Islam utama yang ditawarkan kepada pelanggan. Kedua-dua pembiayaan perumahan Bank Islam adalah pakej semi-flexi.

Pembiayaan Rumah Baiti(Baiti Home Financing)

Salah satu produk pembiayaan Bank Islam Perumahan yang terkenal adalah Baiti Pembiayaan Perumahan Bank Islam (Bank Islam’s Baiti Home Financing).

Ia mempunyai kadar pembiayaan perumahan boleh ubah yang menawarkan tempoh henti bayaran ansuran buat sementara untuk dua bulan pada setiap bulan November dan Disember untuk menyenangkan urusan kewangan perseorangan dengan perbelanjaan perayaan.

pinjaman perumahan bank islam
pinjaman perumahan bank islam

Pembiayaan perumahan Bank Islam ini adalah berdasarkan kepada prinsip Tawarruq (pembelian aset dengan harga tangguh, kemudian menjual aset itu untuk pihak ketiga untuk mendapatkan wang tunai). Terdapat beberapa manfaat yang anda akan dapat daripada Bank Islam Pembiayaan. Melalui pembiayaan ini, anda boleh mendapat kos yang lebih baik dengan pengecualian yuran pemprosesan.

Ciri-ciri Pinjaman Perumahan Bank Islam

  • Tempoh pinjaman adalah sehingga 35 tahun
  • Margin pinjaman rumah itu memperuntukkan sehingga 90% daripada keseluruhan harga rumah
  • Pinjaman mempunyai tempoh lock in untuk 5 tahun
  • Tempoh kelulusan untuk pinjaman rumah ini adalah 30 hari
  • Bayaran denda lewat untuk pembayaran balik pinjaman adalah 1% daripada jumlah yang tertunggak
  • Pinjaman rumah dari Bank Islam memerlukan polisi MRTT dan Insurans Kebakaran
  • Pinjaman dari Bank Islam menawarkan peminjam pilihan untuk menangguhkan dua bulan pembayaran terutamanya November dan Disember setiap tahun
  • Pinjaman menawarkan 20% diskaun untuk duti setem

Kadar faedah
Kadar faedah yang dikenakan oleh Bank Islam ke atas pinjaman rumah mereka adalah terapung dan banyak bergantung kepada jumlah pembiayaan yang dipinjam. Untuk jumlah pinjaman yang melebihi RM 100,000 kadar faedah adalah 4.45% p.a. Walau bagaimanapun kadar faedah efektif akan ditentukan oleh bank pada masa kelulusan pinjaman.

Contoh:

Pinjaman yang diluluskan: RM 450,000
Anggaran kadar keuntungan: 4.57% p.a. (1)
Bayaran bulanan: RM 2,863.95

(1) Kadar keuntungan efektif akan ditentukan oleh Bank Islam setelah pemohonan untuk pinjaman perumahan diluluskan.

Boleh anda buat kiraan di imoney.my yang ada menyediakan kalkulator pinjaman Bank Islam ini.

Dokumen yang diperlukan untuk membuat permohonan pinjaman perumahan

  • Salinan Kad Pengenalan
  • Slip gaji (3 bulan)
  • Penyata bank terkini yang mempunyai rekod gaji anda
  • Surat pengesahan majikan
  • Penyata KWSP
  • Borang EA
  • SNP/SPA Agreement

Kelayakan untuk Pinjaman Rumah Bank Islam

Semua rakyat Malaysia dan penduduk asing yang berumur di antara 18 dan 70 boleh memohon pinjaman rumah ini dengan syarat mereka tidak muflis dan tidak mempunyai tindakan undang-undang yang dihadapi oleh mereka.

Jika anda memenuhi kelayakan pinjaman dan ingin dapat pakej pinjaman rumah yang lebih murah, jangan anda mempertimbangkan pinjaman fleksi tidak penuh (Contohnya Semi Fleksi atau Bukan Fleksi). Mereka mempunyai kadar faedah yang lebih murah dan tiada yuran bulanan. Anda boleh rujuk ke pautan ini untuk penerangan Pinjaman Fleksi vs Bukan Fleksi dan anda akan tahu apa yang saya maksudkan.

Bagaimana pengiraan kadar faedah pinjaman fleksi?

Katakan saya pinjam RM200,000 dari bank dan mendapat satu lagi RM100,000 dalam akaun semasa, dan saya meletakkan RM50,000 ke akaun semasa saya lepas tu. Bagaimana pengiraan kadar faedah untuk bulanan yang perlu saya bayar.

Pengiraannya adalah seperti berikut:

(RM200,000 – RM100,000 – RM50,000) = RM50,000 (anggapkan itulah baki tertunggak anda pada 1 February)

RM50,000 X 4.20% X 28 hari / 365 = RM161.10 (faedah yang ditanggung bagi February)

Walau bagaimanapun, jika anda tidak masukkan duit ke dalam akaun untuk buat sebarang bayaran, maka:

RM200,000 X 4.20% X 28 hari / 365 = RM644.38 (faedah bagi February)

Jadi, anda boleh mempunyai idea berapa banyak anda telah dapat jimat daripada RM150,000 tambahan yang anda telah masukkan ke dalam akaun anda.

Pembiayaan Semula Rumah Wahdah(Wahdah Home Refinancing)

Bank ini juga ada membekalkan pakej pembiayaan semula rumah wahdah. Jika anda sedang mencari pembiayaan semula untuk menurunkan ansuran bulanan pembiayaan rumah atau anda memerlukan wang tambahan untuk keperluan peribadi, anda boleh pertimbangkan pembiayaan tersebut.

Pakej ini adalah untuk pembiayaan semula(refinance) rumah anda yang sedia ada. Anda boleh dapat kadar pembolehubah pakej pembiayaan rumah Islam.

Satu manfaat yang boleh anda dapat dengan pembiayaan rumah ini adalah ia memmerikan percutian pembayaran pilihan untuk anda pada bulan November dan Disember.

Pinjaman ini hanya boleh dipohon oleh pemohon yang mmepunyai rumah yang sudah siap bina atau sedang dibangunkan. Dan pinjaman ini hanya untuk tujuan pembiayaan semula sahaja. Maksud jika anda buat pinjaman untuk membeli rumah pertama anda, maka anda tidak layak untuk mendapat pinjaman ini. Anda boleh pilih Pembiayaan Rumah Baiti dan bukan pinjmana ini.

Untuk maklumat selanjutnya, boleh anda rujuk ke link di sini.

Artikel berkaitan:
Pinjaman peribadi Bank Islam

The post Pembiayaan dan Pinjaman Perumahan Bank Islam (BIMB) appeared first on ERATUKU.

Pinjaman Peribadi dari Public Bank

$
0
0

Public Bank dikenali sebagai salah satu bank domestik yang paling terkenal di Malaysia, yang berurusan dengan pelanggan dari perseorangan, bisnes kecil hingga enterprise sederhana. Jika anda memerlukan bantuan kewangan, Public Bank juga menawarkan pinjaman peribadi jika anda layak.

public bank
public bank

Untuk pinjaman peribadi, Public Bank menawarkan dua jenis pakej yang membolehkan pelanggan membuat pilihan berdasarkan keperluan mereka sendiri. Kedua-dua pakej pinjaman hanya tersedia untuk rakyat Malaysia dan pakej ini adalah pembiayaan peribadi BAE-I dan pembiayaan peribadi PLUS BAE-I. Pakej PLUS BAE-I ini cuma layak dimohon oleh pelanggan Public Bank yang mempunyai rekod yang baik dalam pembayaran balik.

Dalam erti kata lain, pakej tersebut adalah menyesuaikan atau disusun semula untuk memenuhi keperluan pelanggan-pelanggan bank.

Pinjaman Peribadi BAE-I

Ciri-ciri:

  • Pekerja dari sektor swasta atau kerajaan pun boleh memohon.
  • Wang tunai cepat boleh dipinjam dengan amaun minima RM5,000 ke maksimum RM150,000.
  • Pilihan pembayaran tanpa keraguan melalui potongan gaji daripada majikan.
  • Tiada penjamin diperlukan.

Permintaan:

  • Warganegara Malaysia berumur 20 tahun dan tidak melebihi 60 tahun.
  • Kakitangan tetap sekurang-kurangnya 2 tahun dalam perkhidmatan di mana-mana agensi yang diluluskan oleh Public Bank.
  • Potongan langsung daripada gaji pekerja untuk ansuran bulanan yang perlu dibayar kepada Bank.
  • Memperolehi gaji kasar minimum sebanyak RM3,000 sebulan (termasuk elaun tetap).
  • Digalakkan mengambil liputan Takaful.

Pinjaman Peribadi PLUS BAE-I

Pinjaman ini disediakan terutama untuk pelanggan dengan rekod pembayaran yang baik yang boleh memilih pembiayaan tambahan tanpa perlu cagaran atau penjamin tambahan.

Ciri-ciri:

  • Terbuka kepada semua pemilik rumah / pelanggan Term Financing-i atau Cash Line Facility-i.
  • Margin pembiayaan yang menarik.
  • Tempoh bayaran sehingga 10 tahun.
  • Wang tunai dari RM10,000 hingga RM150,000.
  • Pilihan Perlindungan Takaful Kumpulan.

Permintaan:

  • Pelanggan Public Bank yang sedia ada dengan rekod pembayaran yang baik.
  • Terma dan syarat lain dikenakan.

Pelanggan boleh menikmati faedah yang besar di mana Public Bank menawarkan wang tunai dengan cepat sehingga RM 150,000 dan pembayaran tanpa gangguan dari 2 hingga 10 tahun. Pembayaran balik adalah secara automatik dengan penolakan daripada gaji pelanggan dengan perjanjian istimewa dengan majikan.

Satu lagi faktor penting, tiada penjamin diperlukan untuk permohonan pinjaman peribadi itu. Juga jika pelanggan merancang untuk menamatkan pinjaman dengan membayar balik jumlah penuh, tidak ada biaya penamatan awal.

Jadual Pembayaran Balik

pembiayaan pinjaman Public Bank

Boleh rujuk ke laman Public Bank untuk membuat permohonan di sana.

Adalah penting bagi anda untuk mengetahui bahawa jumlah minimum atau maksimum pinjaman yang dibenarkan adalah berbeza dari bank ke bank. Bagi Public Bank, pinjaman peribadi yang boleh anda dapat bermula dari RM5,000 hingga RM150,000 pada masa ini.

Sementara tempoh pinjaman minimumnya adalah 2 tahun dan tempoh maksimum pinjaman adalah 10 tahun. Perlu diingat oleh anda bahawa pembayaran balik pinjaman adalah sangat ketat di mana ia dibuat dengan memotong bayaran balik dari gaji bulanan anda. Oleh itu, gaji anda perlu melebihi RM2,000 untuk memenuhi syarat untuk memohon pinjaman ini.

Pembiayaan Peribadi Public Islamic Bank

Pinjaman Islamic adalah pembiayaan yang berdasarkan prinsip Sharia dalam undang-undang Islam. Sesiapa yang ingin memohon pinjaman tersebut boleh melawat ke mana-mana cawangan Public bank dan membuat pertanyaan dan pemohonan.  Pembiayaan ini memang mematuhinya 100 percent dengan prinsip Sharia.

Kelebihan pembiayaan peribadi Public Islamic Bank Berhad (i-Bae al-Einah)

  • Bayaran yang sangat tinggi sampai 97-98% dari jumlah pembiayaan.
  • Penjamin tidak diperlukan.
  • CCRIS PTPTN  dan kad kredit layak mohon.
  • CCRIS lain-lain tak lebih 1 bulan adalah layak untuk mohon.
  • CTOS Telco adalah layak mohon.
  • Boleh bertindih pembiayaan koperasi dan bank lain.
  • Kadar faedah yang tetap.

Kelayakan

  • Syarat umur: 18-60 tahun
  • Kelayakan pekerjaan: Kakitangan kerajaan negeri yang terpilih, agensi kerajaan dan badan berkanun
  • Min. keperluan gaji: RM1,000 gaji kasar setiap bulan
  • Penjamin / keperluan cagaran: Tidak diperlukan

public bank 2

Kos Yang Ada

Terdapat kos tambahan tertentu yang ditanggung sebaik sahaja pinjaman anda diluluskan. Antar kos yang perlu anda sediakan adalah seperti yuran pemprosesan RM100, duti setem sebanyak 0.5% daripada jumlah pinjaman dan yuran penalti lewat sebanyak 1% dari jumlah pembayaran yang ditunggakan.

Proses pemohonan untuk pinjaman peribadi Public Bank adalah sangat mudah di mana anda boleh membuat pemohonan melalui borang permohonan dalam talian. Borang ini boleh anda muat turun dari laman web rasmi Public Bank.

Anda tidak perlu mempunyai penjamin atau cagaran semasa anda memohon pinjaman peribadi dari bank itu. Seluruh proses adalah sangat mudah di mana anda cuma perlu mengisi borang permohonan dalam talian dan menyediakan semua dokumen yang diperlukan.

Selain daripada Public Bank, terdapat lagi banyak bank di Malaysia yang menawarkan pinjaman peribadi, antara bank yang agar popular termasuk CIMB Bank, Maybank, AEON Credit dan MBSB.

The post Pinjaman Peribadi dari Public Bank appeared first on ERATUKU.

Easy by RHB – Pinjaman Peribadi RHB Bank

$
0
0

Adakah anda sedang mencari untuk mendapat perkhidmatan dari pinjaman peribadi RHB(Easy by RHB)? Jika jawapan anda adalah ya, maka marilah kita memberitahu anda semua tentang institusi kewangan ini.

Easy by RHB adalah jenama untuk simpanan wang, insurans dan pinjaman dari akaun RHB Bank. Easy by RHB brand itu dibentuk pada tahun 2009 dan ia merupakan usaha RHB Bank untuk memudahkan proses perbankan dan menjadikannya lebih mudah dan lebih cepat untuk membolehkan tugas-tugas harian perbankan dijalan dengan lancar.

Tarikan utama untuk produk Easy by RHB adalah kelajuan kelulusan mereka. Mana-mana produk individu mengambil hanya 10 minit atau lebih dari memulakan permohonan sampai mendapat keputusan. Ramai orang sukakan konsep kecekapan dan kelajuan ini.

Easy by RHB
Easy by RHB

Servis Easy by RHB

Pinjaman peribadi Easy by RHB (Easy-Pinjaman Ekspres) memberi pemohon yang layak untuk pinjaman itu sehingga RM150,000, dengan tempoh bayaran balik maksimum 5 tahun.

Sementara itu, produk pembiayaan ASB yang menyediakan sehingga RM200,000 dengan tempoh pembayaran balik maksimum 30 tahun. Pada masa ini, Easy by RHB tidak mempunyai apa-apa pinjaman Islam atau kemudahan kredit lain.

Maka, ini adalah berita baik bagi Rakyat Malaysia sebab kini mereka boleh memohon secara online untuk pinjaman peribadi RHB dan menerima kelulusan dalam masa 10 minit.

Syarat Pinjaman Easy RHB

Apa yang diberitahu adalah pemohon perlu memenuhi syarat yang ditetapkan oleh RHB bank iaitu pemohon perlu mempunyai pendapatan bulanan minimum sebanyak RM2,000. RHB menawarkan proses transaksi yang paling cepat dan paling lancar ketika pelanggan datang untuk memohon pinjaman peribadi.

Syarikat itu telah diiktiraf sebagai bank terkemuka untuk membantu rakyat Malaysia mendapatkan lebih banyak bagi wang pinjaman mereka bersama bank itu.

Pinjaman Peribadi RHB

pinjaman peribadi RHB
pinjaman peribadi RHB

Kadar faedah
Kadar faedah yang pelanggan boleh menikmati bermula dari 15% p.a. sampai ke 24% p.a EIR(Effective Interest Rates). Pemohon boleh menikmati kadar yang lebih baik dengan jumlah pembiayaan yang lebih tinggi.

Kos
Anda mungkin perlu membayar bayaran broker RM30 dan juga Duti Setem. Insurans Takaful akan menjadi wajib dengan pinjaman sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal. GST sebanyak 6% juga dikenakan bagi apa-apa caj perkhidmatan.

Kelayakan
Pinjaman ini boleh dimohon oleh semua Warga Malaysia yang berumur 18 tahun dan tidak melebihi umur persaraan pada akhir tempoh pinjaman. Pinjaman ini juga disediakan untuk sektor swasta manakala gaji minimum yang diperlukan adalah RM 24,000 tahunan.

Faedah
Pinjaman ini tidak mempunyai tutup tempoh (lock in period) dan canj penyelesaian bayaran pinjaman awal jika penghutang mahu menyelesaikan pinjaman lebih awal. Ini adalah baik jika anda perlukan wang sejumlah besar yang tersedia dalam masa singkat.

Dokumen yang diperlukan

Bekerja

  • Salinan Kad Pengenalan (depan dan belakang)
  • Penyata KWSP untuk bulan terbaru
  • Penyata gaji terkini (3 bulan jika pendapatan anda adalah tidak tetap)

Kerja sendiri

  • Salinan Kad Pengenalan (depan dan belakang)
  • Penyata bank 6 bulan terkini
  • Borang cukai pendapatan BE
  • Sijil Pendaftaran Perniagaan atau Borang 9, 24, 49

Jadual Bayar Balik

jadual Easy by RHB 1

jadual Easy by RHB 2

Untuk maklumat selanjutnya, boleh anda layan diri di laman RHB.

Pinjaman Boleh Dilulus Dalam Masa 5 Minit Sahaja

RHB Bank sekarang ada menawarkan pelanggan untuk memohon pinjaman peribadi dengan cepat. Permohonan boleh dilulus dalam masa yang amat singkat. Ada yang cuma ambil 5 minit sahaja untuk dapatkan pembiayaan peribadi itu.

Penawaran pinjaman itu adalah diberikan dengan perhidmatan RHB Easy-Pinjaman Ekspres melalui kerjasama dengan Loanstreet.com.my. Boleh anda dapat maklumat selanjutnya untuk memohon pinjaman tersebut dengan ikut link ini.

Sebaik sahaja pemohonan pinjaman mereka diluluskan, pengguna boleh melawat ke mana-mana satu daripada 35 Pusat Jualan RHB atau 23 Sales Hub yang telah mereka pilih sebelum permohonan untuk teruskan pengurusan. Mereka perlu ingat untuk membawa kad pengenalan bersama untuk menyelesaikan proses dan mengumpul pinjaman peribadi dari bank itu.

Peringatan Untuk Anda

Apa yang perlu diingati adalah, walaupun anda boleh mendapat kelulusan yang cepat dengan pinjaman ini, tapi ia juga mempunyai kos dalam bentuk kadar faedah yang lebih tinggi yang perlu anda bayar balik.

Jangkakan kadar faedah adalah di antara 8.18% dan 14.52%, dengan pinjaman yang akan dibayar balik ditambah dengan kadar faedah dalam tempoh 5 tahun. Bagi sesetengah orang, pinjaman ini tidak begitu berbaloi sebab perlu bayar kadar faedah yang tinggi. Tapi jika anda memerlukan wang dalam masa yang singkat untuk perkara kecemasan, maka bolehlah anda membuat pinjaman peribadi ini.

Kelulusan untuk permohonan pinjaman peribadi anda pada hari yang sama tidak lagi menjadi perkara untuk masa lalu, sekarang banyak bank juga menawarkan perkhidmatan yang cepat lulus.

Selain daripada pinjaman peribadi RHB itu, lain bank yang boleh anda pertimbangkan untuk memohon pembiayaan adalah pinjaman dari Maybank atau anda juga boleh mendapatkan pinjaman peribadi swasta dari Bank Rakyat.

The post Easy by RHB – Pinjaman Peribadi RHB Bank appeared first on ERATUKU.

Pinjaman Peribadi dari Hong Leong Bank

$
0
0

Hong Leong Bank merupakan bank yang ke-lima terbesar di Malaysia dengan kiraan jumlah aset. Terdapat banyak perkhidmatan kewangan yang ditawarkan oleh bank ini. Antaranya perkhidmatan yang dibekalkan oleh bank ini juga termasuk pinjaman peribadi.

hong leong bank
hong leong bank

Pinjaman Peribadi Yang Baik Untuk Anda

Pinjaman peribadi dengan Hong Leong Bank di Malaysia menyediakan pelbagai ciri dan faedah untuk membantu anda dengan keperluan pembiayaan anda. Dengan kadar faedah dari 4.88% hingga 13.5%, anda boleh menikmati pembayaran bulanan yang rendah dengan amaun serendah RM103. Pembayaran balik bergantung kepada jumlah pinjaman dan tempoh pinjaman anda.

Anda boleh memperolehi tempoh pembayaran balik yang fleksibel sehingga 7 tahun. Kelulusan untuk mendapatkan pinjaman peribadi dari Hong Leong kira amat cepat, dalam masa 48 jam permohonan pinjaman anda mungkin sudah diluluskan. Tambahan lagi, proses aplikasi amat mudah tanpa kerumitan. Anda juga tidak perlu sebarangan penjamin atau cagaran untuk memohon pinjaman itu.

Apa yang menarik ramai orang membuat permohonan adalah syarat untuk memohon pinjaman peribadi Hong Leong Bank adalah seseorang cuma memerlukan pendapatan minimum RM2,000 sebulan. Jadi, bolehlah anda membuat permohonan sekarang jika anda memerlukan wang yang cepat untuk tujuan penyatuan hutang, membeli barangan besar, membiayai pendidikan, pergi bercuti, atau ubahsuai rumah.

Anda akan dapat pinjaman dari RM5,000 hingga RM250,000 dari 1 hingga 5 tahun pembayaran balik. Anda perlu membuat bayaran balik yang paling rendah sebanyak RM 133.33 sebagai bayaran bulanan untuk pinjaman RM 5,000 yang mempunyai tempoh bayar balik untuk 5 tahun. Wang tersebut akan dibayar kepada akaun anda apabila pinjaman anda telah diluluskan.

Ciri-ciri Pinjaman Peribadi dari Hong Leong Bank

  • Kadar faedah: 8.8% -> 10% P.A
  • Tempoh Dari 2 – 5 Tahun
  • Jumlah Pinjaman: RM5,000 -> RM150,000
  • Jumlah pinjaman di bawah RM50,000 = 10%
  • Di atas RM50,000 = 8.8%
  • Kelulusan and Pembayaran dalam 2 hari.
  • Tiada yuran pemprosesan, tiada caj tersembunyi, tidak perlu membeli sebarang insuran

Permintaan:

  1. Pendapatan perlu RM2,000 atau ke atas.
  2. Umur perlu sekurang-kurangnya 21 tahun.
  3. Mesti mempunyai sekurang-kurangnya 1 komitmen lebih dari 1 tahun, seperti pinjaman kereta / pinjaman perumahan / pinjaman peribadi atau kad kredit. (mana-mana satu sahaja)

Dokumentasi

Untuk Bekerja Sendiri:

  1. Borang B.
  2. Penyata Bank Syarikat 6 Bulan Terkini.
  3. Penyataan KWSP Terkini.

Untuk Pekerja:

  1. Borang Be.
  2. Penyata bank dan slip gaji untuk 3 Bulan yang terbaru.
  3. Penyataan KWSP terkini.
  4. Untuk syarikat Kerajaan / MNC / GLC, cuma perlu serahkan slip gaji untuk 1 bulan terkini.

Boleh rujuk ke laman Hong Leong untuk membuat permohonan di sana.

hong leong bank

Hong Leong Islamic Personal Financing-i (Pembiayaan Peribadi Islam Hong Leong-i)

Pembiayaan Peribadi Islam Hong Leong-i adalah pinjaman peribadi Islam yang tidak bercagar yang ditawarkan oleh Hong Leong Islamic Bank.

Hong Leong Islamic Bank merupakan satu bahagian daripada Hong Leong Bank Berhad. Pelan pembiayaan peribadi patuh Syariah dari Hong Leong Bank itu menawarkan beberapa ciri seperti jumlah pembiayaan yang tinggi dan kelulusan pinjaman dalam masa 48 jam. Pembiayaan in boleh dimohon oleh pekerja sektor swasta dan mereka yang bekerja sendiri.

Pinjaman wang yang boleh anda dapat adalah di antara RM5,000 sampai ke RM250,000. Amaun pinjaman yang boleh anda dapat pada akhirnya adalah bergantung kepada faktor-faktor termasuk pendapatan bulanan, skor kredit, kemampuan bayar balik dan lain-lain.

Yuran untuk penubuhan:

Yuran Wakalah (Agensi) RM15 dan duti setem sebanyak 0.5% atas jumlah pinjaman yang dipotong sebelum pembayaran pinjaman. Tiada yuran lain yang perlu dibayar oleh anda.

Pembayaran berulang:

Pembayaran balik bulanan yang terdiri daripada amaun prinsipal dan caj faedah melalui potongan arahan tetap. Caj faedah ditetapkan pada 12.00% setahun (1% sebulan) untuk sepanjang tempoh pinjaman buat keseluruhannya.

Hukuman:

Caj bayaran lewat sebanyak 1% dari jumlah pinjaman yang tertunggak akan dikenakan jika bayar lewat. Caj bayaran lewat akan meningkatkan jumlah pinjaman terkumpul pada anda.

Tiada penalti penyelesaian awal akan dikenakan jika anda memberi Hong Leong Bank dengan notis secara bertulis 3 bulan terlebih dahulu.

Kelayakan untuk memohon

  • Pemohon mesti adalah warganegara Malaysia.
  • Umur pemohon mesti di antara 21 sampai 60 tahun.
  • Pemohon mesti mempunyai pendapatan tahunan minimum RM24,000.
  • Perlindungan takaful adalah wajib.
  • Mereka yang kera di sektor awam, sektor swasta, atau bekerja sendiri adalah layak untuk memohon.

Sekiranya anda disenaraihitam di dalam laporan CTOS, CCRIS atau anda sedang diletak dalam program pengurusan hutang AKPK, maka anda tidak layak untuk mendapat pembiayaan ini. Anda juga tidak layak untuk memohon pembiayaan ini untuk menyatukan kesemuaan hutang anda.

Boleh anda rujuk ke link ini untuk syarat dan kelayakan untuk memohon pinjaman tersebut.

Lain bank yang popular adalah Public Bank yang juga menawarkan pinjaman peribadi dengan kadar faedah yang menarik. Boleh anda buat semakan jika tidak dapat kelulusan dari Hong Leong Bank. Selain daripada Public Bank, lagi satu bank yang boleh anda pertimbangkan adalah Bank CIMB yang menerima respon yang baik dari pelanggan.

The post Pinjaman Peribadi dari Hong Leong Bank appeared first on ERATUKU.


Pinjaman Peribadi AgroCash-i Dari Agrobank

$
0
0

AgroCash-i merupakan pinjaman peribadi terkini yang ditawarkan oleh Agro Bank. Ia merupakan satu kemudahan pembiayaan peribadi untuk pelanggan bagi tujuan pembiayaan pengguna yang berkaitan dengan aktiviti pertanian.

Penawaran produk ini adalah berdasarkan urusan dan perniagaan Tawarruq. Tetapi sekarang bagi perniagaan yang tiada kaitan dengan pertanian pun boleh memohon asalkan perniagaan itu adalah sah di sisi undang-undang kerajaan Malaysia.

agro bank logo

Pinjaman peribadi awam Agro Bank ini terbuka untuk permohonan bagi semua kakitangan kerajaan dan pekerja GLC. Bagi pekerja swasta, mereka boleh membuat pinjaman yang lain yang dibekalkan oleh Agro Bank.

Pemohon boleh membuat pinjaman sampai ke RM200,000 dengan tempoh bayaran balik sepanjang 10 tahun. Pemohon boleh memperolehi kadar faedah promosi yang menarik untuk memulakan bisnes pertanian mereka.

Kebaikan untuk mendapatkan Agrobank AgroCash-i

  • Boleh dapat pinjaman maksimum sampai RM200,000.
  • Kadar rate yang tetap bermula dari 6.70% setahun.
  • Kadar keuntungan(Profit rate) yang rendah.
  • Cepat diluluskan.

Syarat Untuk Pemohon Kakitangan Kerajaan

  • Tiada nama blacklist dalam apa-apa bank di Malaysia.
  • Name tidak dipantau oleh AKPK.
  • Pemohon mesti berumur di lingkungan 18 hingga 60 tahun.
  • Pendapatan bulanan mesti ada RM1,000 atau ke atas.
  • Berkhidmat di sektor kerajaan sekurang-kurangnya 3 tahun.

Syarat Untuk Pemohon Kakitangan GLC

  • Tiada nama blacklist dalam apa-apa bank di Malaysia.
  • Name tidak dipantau oleh AKPK.
  • Pemohon mesti berumur di lingkungan 21 hingga 60 tahun.
  • Pendapatan bulanan perlu ada RM2,000 atau ke atas.
  • Berkhidmat di syarikat GLC sekurang-kurangnya 3 tahun.

Untuk memohon, pastikan anda menyediakan semua dokumen yang berikut:

  • Penyata pendapatan, perbelanjaan, aset dan liabiliti.
  • Salinan MyKad atau pasport.
  • Nama dan nombor telefon hubungan majikan anda.
  • Surat pengesahan pekerjaan oleh majikan anda.
  • Slip gaji selama tiga bulan terbaru.
  • Penyata bank yang menunjukkan pendapatan gaji anda.
  • Penyata cukai pendapatan (Borang J / EA / EC) dengan lampiran resit pembayaran cukai terkini.

Proses dan Cara Membuat Pinjaman

Jika anda minat dengan pinjaman peribadi AgroCash-i yang ditawar oleh Agro Bank itu, boleh anda memohon secara online. Anda boleh muat turun borang permohonan dengan link yang diberikan di bawah ini:

Muat turun borang permohonan AgroCash-i.

Selepas anda menyerahkan permohonan anda bersama dengan semua dokumen yang dikehendaki, anda akan menerima e-mel pengesahan dari Agro Bank. Sekiranya permohonan anda diluluskan, anda akan menerima Surat Tawaran sebelum dana disediakan kepada anda.

Cara Pengiraan Pinjaman

Ini adalah contoh pengiraan untuk pinjaman peribadi AgroCash-i. Sekiranya anda berpendapatan RM1,500 dan ingin meminjam pembiayaan sebanyak RM10,000. Tempoh tahun yang anda pilih untuk bayar balik adalah 5 tahun, maka kiraan adalah seperti berikut:

  • Jumlah pinjaman: RM10,000
  • Tempoh tahun bayar balik: 5
  • Pendapatan bulanan: RM1,500
  • Kadar keuntungan tahunan: 6.70%
  • Bayaran bulanan: RM222.50

Perlindungan Takaful

Anda adalah dinasihatkan untuk mendaftar dengan Skim Takaful Kredit untuk melindungi liabiliti hutang jika berlaku kematian atau hilang keupayaan untuk bekerja. Anda boleh memohon perlindungan Takaful melalui panel penyedia Takaful Agrobank atau anda boleh pilih Takaful anda sendiri.

Yuran dan caj untuk pinjaman ini

Apa yang bagus tentang pinjaman ini adalah anda tidak perlu membuat sebarang bayaran pemprosesan untuk pembiayaan peribadi AgroCash-i. Walau bagaimanapun, Agrobank ada mengenakan bayaran broker sebanyak RM30 untuk memudahkan transaksi Tawarruq.

Jumlah pembiayaan anda juga akan dikenakan Bayaran Pendahuluan yang sama dengan ansuran 3 bulan dan duti setem kerajaan sebanyak 0.5%. Kedua-dua caj ini boleh ditolak dari jumlah pembiayaan yang diluluskan.

Adakah pinjaman ini terbuka untuk guru?

Ya. Ia adalah layak untuk dimohon oleh semua kakitangan kerajaan termasuk guru juga boleh buat loan ini.

Semak baki dan Pembayaran melalui Biro Angkasa – Pembayaran ansuran bulanan akan ditolak daripada gaji anda menerusi Biro Perkhidmatan Angkasa (BPA).

Boleh rujuk ke jadual bayaran balik bersama dengan kadar interest yang dimasukkan di jadual pembayaran di bawah ini.

Jika anda berminat untuk dapatkan pinjaman tersebut, boleh anda buat pinjaman ini melalui imoney.my

jadual bayar balik agrocash-i
jadual bayar balik agrocash-i

Berapa lama untuk mendapatkan kelulusan pinjaman?

Jika anda memohon pinjaman peribadi AgroCash-i dan kelayakan anda telah dipastikan, maka pemohonan pinjaman boleh diluluskan dalam tempoh yang amat cepat, iaitu dalam masa 24 hingga 48 jam saja.

Bolehkah saya buat pinjaman ini sekiranya saya ada di dalam senarai hitam CCRIS, CTOS, Rekod Kredit?

Tidak, anda tidak layak untuk membuat pinjaman ini sekiranya anda adalam di dalam senarai hitam CCRIS, CTOS, Rekod Kredit.  Anda juga tidak layak untuk memohon jika anda di bawah selaan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit(AKPK).

Anda perlu baiki rekod kredit anda dengan menyelesaikan hutang yang anda ada dan apa yang penting adalah anda perlu pastikan untuk membuat bayaran balik tepat pada masa setiap bulan. Lepas anda dapat meningkatkan rekod kredit anda, maka anda boleh cuba untuk memohon pinjaman ini.

Adakah pinjaman ini dibuka untuk dimohon oleh pesara?

Tidak, pinjaman ini tidak dapat dimohon oleh pesara. Anda boleh rujuk ke bank lain yang ada menawarkan pinjaman untuk pesara.

The post Pinjaman Peribadi AgroCash-i Dari Agrobank appeared first on ERATUKU.

Dokumen Yang Diperlukan Untuk Pinjaman Perumahan

$
0
0
Mungkin ada di antara pembaca yang tidak tahu apakah dokumen yang akan diminta oleh pihak bank sekiranya anda memohon pinjaman perumahan ataupun housing loan. Untuk membantu anda tentang hal ini,

Cara Cara Menghapuskan Kedutan Baju Melayu Sutera

$
0
0
Baju Melayu bukan sahaja mahal, tetapi juga elegan dan segan, Kalau tidak mengendali dengan rapi dan cemas semasa menggosok, pakaian mahal ini akan senang dirosakkan . kelemahan baju melayu adalah

Perempuan Bertudung Labuh Dan Tanggapan Aku

$
0
0
Menutup aurat itu wajib bagi setiap muslim yang beriman. Dan mereka yang beriman ini, termasuk dalam golongan-golongan yang beruntung di akhirat kelak. Bercakap mengenai hukum-hakam agama sememangnya bukan kepakaran aku.

Factors Untuk Pilihan Jubah Dress Muslimah Online

$
0
0
Apa sahaja yang anda lakukan, jangan biarkan pilihan jubah muslimah sebagai sesuatu yang tidak penting apabila membelinya. Memilih jubah dress muslimah adalah penting untuk anda mendapat sesuatu pakaian yang sesuai

Cara Lulus Pinjaman Perumahan Tanpa Slip Gaji

$
0
0
70% orang yang bekerja sendiri susah untuk lulus pinjaman perumahan. Alasan yang sama bank berikan iaitu pendapatan tidak tetap dan tiada slip gaji. Sebenarnya jika anda tahu caranya, bekerja sendiri

Pinjaman Peribadi Bank Islam Yang Disediakan

$
0
0
Jika anda sedang mencari pinjaman peribadi Bank Islam dan jika anda juga ingin dapat tempoh bayaran balik pinjaman yang panjang, maka Bank Islam Pembiayaan Peribadi-I Pakej mungkin menjadi pilihan yang

Pinjaman Peribadi Bank Muamalat

$
0
0
Adakah anda mengalami masalah kewangan dan anda perlukan wang dengan cepat? Tetapi anda rasa malu untuk pinjam dari saudara mara dan kawan atau walaupun anda minta tolong daripada mereka tetapi

Tawaran Pinjaman Peribadi Bank Rakyat Kepada Peminjam

$
0
0
Bank Rakyat terkenal dengan perkhidmatan dalam pemberian pinjaman Islam. Pada masa ini Bank Rakyat menawarkan Pembiayaan Peribadi-i Sektor Swasta dengan kadar faedah yang amat kompetitif di pasaran, yang merupakan kadar

Pinjaman Wang Segera Tanpa Slip Gaji dan Dokumen

$
0
0
Pinjaman wang segera adalah cara yang paling mudah dan paling cepat pada hari ini untuk mendapatkan wang pendahuluan untuk kecemasan sebelum gaji bulan depan anda dikeluarkan. Walau bagaimanapun, untuk mendapatkan

Cara Menggemukkan Kucing Secara Alami Yang Berkesan

$
0
0
Kucing adalah makhluk yang comel yang disukai oleh orang ramai. Tetapi kadangkala mereka pun akan mengalami masalah. Sesiapa yang pernah membela kucing tahu bahawa mereka suka berpura-pura macam sangat berdikari, …

Pinjaman Peribadi BSN Yang Layak Dimohon

$
0
0
Nama penuh untuk BSN ialah Bank Simpanan Nasional. Bank ini diperbadankan pada 1 Disember 1974. Pada masa tu, BSN ditubuhkan oleh Kementerian Kewangan di bawah Tengku Razaleigh Hamzah. Misi bagi …
Viewing all 103 articles
Browse latest View live