Perbadanan Nasional Berhad (PNB) adalah agensi pelaburan yang menjamin keuntungan dan pengawalan risiko yang baik. PNB yang ditubuhkan diatas inisiatif membantu rakyat Malaysia kepada minat melabur, telah menubuhkan pelbagai portfolio pelaburan yang terjamin dan memberi pulangan positif kepada setiap pelaburan. Antaranya ialah melalui Amanah Saham Bumiputera (ASB) yang dijadikan modus operasi pelaburan yang selamat.

pinjaman asb
Melabur Dengan Pinjaman ASB
Dengan kewujudan pinjaman tersebut, ia menjadikan satu pinjaman yang boleh menjanakan keuntungan yang lumayan di mana rakyat Malaysia boleh mendapatkannya untuk melabur kerana ia memang satu bantuan kewangan yang diberikan untuk memudahkan anda membuat pelaburan scara selamat dan konsisten.
Pelaburan ASB boleh terus dilanggan secara tunai dari agensi ASB yang berdaftar, dengan membuka akaun dan membeli harga unit serendah RM10 Sehingga RM250,000.00 setiap akaun.
Dengan jaminan pulangan serta pelaburan yang konsisten, ASB adalah pelaburan yang perlu direbut oleh setiap rakyat Malaysia.
Namun, bagaimana kita ingin merebut peluang ini dengan segera? Untuk melabur serendah RM50,000 dalam masa yang singkat mungkin menjadi halangan. Jesteru, sebagai menyokong usaha ini; banyak agensi kewangan (bank) membantu memberi kemudahan pinjaman untuk dilaburkan ke ASB.
Dapat ASB Loan dari Bank-Bank yang Menawarkan Pinjaman Tersebut
Terdapat beberapa bank di Malaysia yang mempunyai perkhidmatan untuk menawarkan pinjaman ASB. Antara institusi bank yang boleh anda membuat pinjaman tersebut termasuk CIMB Bank, Maybank, Bank Simpanan Nasional(BSN) dan RHB Bank. Pinjaman yang anda layak mohon adalah sampai ke tahap RM200,000 dan anda boleh membuat bayaran balik samai 30 tahun.
Disiplin simpanan adalah kunci dalam kejayaan pelaburan ASB setiap pelaburan. Pinjaman yang dibuat ini akan terus di simpan ke akaun ASB anda dan bayaran pinjaman dipotong setiap bulan oleh pihak Bank.
Contoh:
Pinjaman dari Bank A sebanyak RM50,000 untuk ASB selama 5 tahun. Kemudian nilai pelaburan ASB RM50,000 akan dibeli atas Nama anda. Setiap tahun anda akan peroleh keuntungan 6% (anggaran) dari nilai pelaburan tersebut.
Pinjaman RM50,000 yang dipinjam dari Bank perlu dibayar secara ansuran berdasarkan tempoh yang dipersetujui.
Ingat, setiap tahun anda hanya boleh keluarkan dividend dari ASB sahaja. Bukan yang RM50,000 itu ya.
Untuk menikmati kemudahan ini, anda boleh terus ke mana-mana bank yang berdaftar untuk membuat pinjaman ASB.
Pinjam atau Beli Dengan Wang Tunai?
Patutkah saya beli unit ASB dengan wang tunai atau meminjam untuk membeli unit ASB? Anda perlu ada rancangan yang baik sebab ini akan menentukan kadar pulangan daripada pelaburan ASB anda.
Jika anda membeli unit ASB dengan wang tunai, anda akan mengutip dividen lebih kurang 7.25%. Macam ini ia tidak memberikan anda leverage sebab anda bukan meminjam untuk melabur.
Sebaliknya, sekira anda membeli unit ASB dengan pinjaman ASB, anda akan dapat meningkatkan kadar pulangan anda lebih daripada 10% setahun kerana leverage terlibat. Seperti yang kita bincang di atas tadi, ia adalah mungkin bagi Bumiputera untuk memohon pinjaman ASB pada kadar antara 5.10% – 5.35% dengan tempoh maksimum 30 tahun untuk melabur dalam unit ASB yang membayar 7.25% dividen setahun.
Maka ia adalah lebih bijak bagi anda pinjaman untuk melabur dalam ASB daripada beli secara wang tunai.
Artikel berkaitan:
Cara mendaftar dan buka akaun ASNB online
The post Membuat Pelaburan Dengan Pinjaman ASB appeared first on ERATUKU.