Quantcast
Channel: Pinjaman – ERATUKU
Viewing all articles
Browse latest Browse all 103

Pinjaman Pendidikan PTPTN Amat Diperlukan Oleh Para Pelajar

$
0
0

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional ataupun PTPTN ialah sebuah agensi di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi yang ditubuhkan oleh kerajaan untuk memberi pinjaman pendidikan PTPTN kepada rakyat-rakyat Malaysia yang berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma dan ke atas. Maklamat utama penubuhan PTPTN ialah untuk membantu pelajar-pelajar yang kurang mampu dari segi kewangan untuk sambung pelajaran ke peringkat universiti dan pada masa yang sama dapat melahirkan lebih ramai rakyat yang berkelulusan tinggi.

Syarat-syarat Untuk Memohon Pinjaman Pendidikan PTPTN

Untuk memohon pinjaman pendidikan PTPTN, syarat utama ialah pemohon semestinya warganegara Malaysia yang tidak melebihi umur 45 tahun dan telah menerima tawaran kursus ke Institusi Penggajian Tinggi Awam (IPTA) ataupun Institusi Penggajian Tinggi Swasta (IPTS). Di samping itu, pemohon juga tidak boleh menerima pinjaman pendidikan daripada penaja lain sekiranya beliau ingin memohon pinjaman PTPTN.

pinjaman pendidikan PTPTN

logo ptptn

Bilakah Perlu Bayar Balik Pinjaman Pendidikan PTPTN?

Peminjam PTPTN akan dikenakan ujrah 1% ke atas jumlah wang pinjaman dan perlu mula membayar balik pinjaman PTPTN secara ansuran selepas 6 bulan tamat penggajian. Namun begitu, sekiranya pemohon masih tidak dapat peluang pekerjaan, beliau boleh menghubungi pihak pengurusan PTPTN untuk membuat perbincangan permohonan untuk tangguh tempoh mula bayar balik. Walau bagaimanapun, kelulusan tertakluk kepada kelulusan pihak PTPTN.

Adakah Tindakan Undang-undang Dikenakan Jika Ingkar Bayar Balik Pinjaman Pendidikan PTPTN?

Pihak PTPTN akan memberi notis pembayaran balik kepada peminjam yang ingkar bayar balik. Sekiranya masih tidak terdapat sebarang maklum balas daripada peminjam, langkah seterusnya ialah mengeluarkan notis mahkamah dan tindakan senarai hitamkan peminjam akan dilakukan di mana peminjam tidak dibenarkan untuk meningalkan Malaysia untuk bercuti ataupun apa-apa tujuan yang lain. Pihak PTPTN juga telah mengemas kini maklumat majikan pemohon dengan memberi arahan kepada pihak majikan agar ansuran pembayaran balik PTPTN ditolak terus daripada gaji pemohon.

Pengeluaran Caruman KWSP Untuk Menyelesaikan Pinjaman Pendidikan PTPTN

Ada berita baik untuk peminjam. Bermula pada 1 April 2016, peminjam ataupun ibubapa boleh membuat permohonan pengeluaran caruman KWSP akaun II untuk menyelesaikan baki pinjaman. Untuk maklumat lanjut, pemohon boleh melayari portal rasmi PTPTN di www.ptptn.gov.my

Contoh Pengiraan:
kadar ptptn

Cawangan dan Kaunter PTPTN

Jika anda ingin membuat bayaran balik untuk hutang pendidikan anda tetapi tidak tahu mana ada cawangan atau kaunter yang berdekatan dengan tempat tinggal anda, anda boleh rujuk ke link ini dan klik atas logo negeri anda dan dapatkan maklumat selanjutnya untuk kaunter yang boleh anda kunjungi sama ada anda berada di Shah Alam, Penang, Johor, Sabah atau Sarawak.

Anda juga boleh dapatkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional hotline atau careline di 03-2193 3000 sekiranya anda ingin membuat pertanyaan melalui telefon.

Semakan No Pinjaman PTPTN

Sekiranya anda ingin mendapatkan penyata pinjaman, anda boleh login ke laman tersebut dan masukkan nombor kad pengenalan anda. Selepas tu, anda akan dibawa ke dalam laman kandungan dan buat semakan selanjutnya.

Bayaran Secara Online

Apa yang paling senang adalah membuat bayaran secara online, macam ni anda tidak perlu habiskan masa untuk pergi ke mana-mana kaunter PTPTN langsung. Anda boleh klik link ini untuk mengetahui macam mana anda boleh membuat demikian untuk bayar online.

cawangan kaunter ptptn

cawangan kaunter ptptn

JomPAY

Sekarang anda juga boleh mmebuat bayaran bagi pinjaman PTPTN anda tanpa sebarang caj dengan menggunakan JomPAY.

jompay

Caj yang ada cuma bayaran pemprosesan bank sebanyak RM0.50 atau RM1.00 bergantung kepada apa bank yang anda pakai.

Kegagalan Untuk Bayar Balik

Mengikut kajian yang dibongkar oleh Mary Yap di suratkhabar The Star, terdapat sebanyak 97% peminjam yang gagal untuk membayar balik pinjaman. Semua peminjam tu adalah digalakkan untuk memanggil pangilan PTPTN atau kunjungi mana-mana 70 cawangan di seluruh negara untuk mendapatkan panduan mengenai cara untuk membayar balik pinjaman mereka.

Bagi pelajar yang gagal untuk bayar balik pinjaman pendidikan PTPTN yang mereka pinjam lepas belajar dan mula bekerja, mereka akan rekok senarai hitam di dalam Central Credit Reference Information System (CCRIS).

Anda dilarang keluar dari negara

Anda perlu membuat bayaran balik pinjaman anda atau anda perlu memikirkan semula rancangan untuk berlacong atau berkujung ke luar negara. Peminjam yang gagal bayar balik dilarang ke luar negara kerana mereka telah dalam rekod senarai hitam dengan Jabatan Imigresen Malaysia. Jika terdapat apa-apa amaun yang tertunggak untuk bayaran balik, pihak PTPTN akan memaklumkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia dan anda akan disenarai hitam dalam pangkalan data mereka.

Akibatnya adalah anda akan dihalang daripada pergi ke luar negara. Di samping itu, anda juga tidak boleh memperbaharui pasport atau memohon pasport.

Tidak dapat membeli kereta atau rumah
Selain daripada itu, mereka juga mungkin akan ditolak oleh pihak bank apabila mereka ingin membuat pinjaman kereta atau rumah. Sebab kesemuaan institusi ini juga sekarang telah ada link dengan PTPTN.

Jadi, untuk mengelakkan kesemuaan yang tidak baik berlaku pada anda, adalah baik anda membuat bayaran balik secara bulanan tanpa sebarang kelewatan.

Anda boleh membuat semakan di Laman PTPTN untuk mengetahui sama ada anda ada dalam senarai hitam atau tidak.

Skiranya anda kena blacklist oleh CCRIS atau Imigresen, anda boleh pertimbangkan untuk convert pinjaman konvensional PTPTN anda kepada pinjaman ujrah dimana ujrah mempunyai kos dan kaedah yang lebih rendah. Maksud anda boleh bayar dengan lebih kurang jika convert kepada skim itu.

Selain daripada ini, anda juga boleh rujuk ke artikel untuk mengetahui pilihan lain yang sedia ada iaitu pinjaman pendidikan MARA.

The post Pinjaman Pendidikan PTPTN Amat Diperlukan Oleh Para Pelajar appeared first on ERATUKU.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 103